Ekonomi | Kerajaan akan pertimbang laksana subsidi lebih bersasar

2022-09-22 0

Kerajaan akan mempertimbangkan pelaksanaan mekanisme subsidi secara lebih bersasar supaya manfaatnya ditumpukan kepada golongan yang benar-benar memerlukan bantuan.

Timbalan Menteri Kewangan Satu, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata inisiatif pembaharuan fiskal ini akan mengukuhkan kedudukan kewangan kerajaan di samping mewujudkan ruang fiskal.